Did You Know?

DLM is an initiative undertaken by MCMC to promote and accelerate the development and adoption of applications and services.

The Internet of Things is a web in which gadgets, machines, products, devices & inanimate objects share information in new ways, in real time.

The focused ecosystems in this period are Connected Healthcare, Traceability for food and drug, People Friendly Commuting; and Home & Community Living.

Digital Lifestyle eco-system development is promoted based on a model of collaboration or partnership with the industry.

Event Calendar

  • DLM
  • Public Holidays

Slash Robotics Club Juarai MRC 2016

 


Anggota Slash Robotics Club yang menjuarai MRC 2016
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Slash Robotics Club muncul juara keseluruhan acara myMaker Robotic Challenge (MRC) 2016 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diadakan di Cyberjaya, Ahad.

Diwakili oleh lapan anggota kelab, Slash Robotics Club membiayai sendiri kesemua robot mereka yang menelan belanja hampir RM10,000.

Pengarah Kanan Bahagian Teknologi dan Masyarakat SKMM, Aisharuddin Nuruddin dalam kenyataannya berkata menjadi harapan mereka melalui MRC 2016, platform robotik IOT (Internet of Things) akan lebih mudah dicapai pelajar dan masyarakat, memberi inspirasi kepada masyarakat mengenai kepentingan teknologi robotik dan mewujudkan ekosistem robotik yang mampan dan menyeronokkan.

"Acara ini membolehkan generasi muda membuat eksperimen dan mencabar mereka mewujudkan kesedaran mengenai peranan penting teknologi robotik ke arah pembangunan negara.

"Pertandingan ini menggalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan generasi muda serta menawarkan platform kepada penggemar robotik dan pelajar untuk belajar bersaing sesama mereka dalam pertandingan," katanya.

Disokong oleh Persatuan Kejuruteraan Robotik Malaysia (MREA), Persatuan myMaker dan Kementerian Pendidikan, pertandingan itu menyaksikan penyertaan menggalakkan daripada 216 pasukan dalam pelbagai kategori dengan 860 peserta daripada lebih 60 sekolah, institut dan universiti seluruh Malaysia.

Sembilan kategori dipertandingkan dalam MRC 2016.

Kategori tersebut ialah Cabaran Robotik IOT (Kategori Terbuka), Combat Robot (Terbuka), Tower Conquer (Terbuka), Tower Defence (Terbuka), Humanoid Robot Fighting (Terbuka), Autonomous, Sumo Robot (Terbuka), Self-balancing Sumo Robot (Terbuka), RC Sumo Robot (Kategori Senior) dan RC Sumo Robot (Kategori Junior).

Peserta termuda MRC 2016 ialah Hon Seoang Zhen, 10, dari SJK (C) Seremban yang memenangi RC Sumo Robot Kategori Junior (bawah 12 tahun).

-- BERNAMA

Share this article

Back To Top