Did You Know?

DLM is an initiative undertaken by MCMC to promote and accelerate the development and adoption of applications and services.

The Internet of Things is a web in which gadgets, machines, products, devices & inanimate objects share information in new ways, in real time.

The focused ecosystems in this period are Connected Healthcare, Traceability for food and drug, People Friendly Commuting; and Home & Community Living.

Digital Lifestyle eco-system development is promoted based on a model of collaboration or partnership with the industry.

Event Calendar

  • DLM
  • Public Holidays

Ekspo digital terbesar bermula Jumaat ini


Toh Swee Hoe (tengah) bersama Wewel Cumavoo (kiri) dan Shaifubahrin Saleh bertukar-tukar pandangan mengenai aplikasi gajet di pejabat SKMM di Cyberjaya, baru-baru ini.

 
CYBERJAYA 19 Ogos - Buat julung kalinya, tiga ekspo berkaitan teknologi maklumat yang diadakan secara berasingan sebelum ini akan digabungkan menjadi pameran digital terbesar negara.
 
Ekspo Gaya Hidup Digital (DLE) 2013 yang turut menggabungkan pameran PC Fair dan GoMobile itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
 
Ekspo 3 dalam 1 yang akan berlangsung selama tiga hari itu, merupakan kolaborasi tiga pihak iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) dan CommtechAsia Sdn. Bhd.
 
Ketua Pegawai Kawal Selia Industri SKMM, Toh Swee Hoe berkata, pihaknya akan menumpukan kepada pameran Digital Lifestyle Malaysia (DLM) yang menggariskan empat teras utama.
 
"Antaranya adalah penjagaan kesihatan, kehidupan komuniti dan rumah, pengesanan dan pergerakan mesra rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
 
Turut hadir dalam sesi temubual itu ialah Pengarah Commtechasia Sdn Bhd, Wewel Cumavoo dan Ketua Pegawai Eksekutif Pikom, Shaifubahrin Saleh.
 
Tambah Swee Hoe, pelbagai aktiviti diatur sepanjang ekspo berlangsung.
 
Ini termasuklah ceramah oleh pakar-pakar, kuiz dalam talian, pelancaran video DLM dan Majlis Anugerah Broadband Empowered Entrepreneur (BEE) .
 
"Matlamat DLM adalah menggalakkan pembangunan komunikasi dan multimedia seperti aplikasi sebagai pemacu kepada pertumbuhan ekonomi digital dan mewujudkan sebuah masyarakat yang terhubung.
 
"Selain itu, kami turut menyediakan platform bagi mempromosikan aplikasi gaya hidup digital dan perkhidmatan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang menggunakan rangkaian jalur lebar dan perkhidmatan ICT," ujarnya.
 
Katanya, SKMM yang akan mendirikan sebuah Pavilion induk bertempat di Dewan 5 turut akan mempromosikan aplikasi E-Kesihatan, E-Pengangkutan, E-Runcit, E-Pembayaran, Kerajaan Elektronik, Kandungan kreatif, u-Pustaka dan Teknologi Hijau.
 
Kira-kira 130,000 hingga 150,000 pengunjung dijangka hadir dalam ekspo yang bermula seawal pukul 9 pagi hingga lewat malam itu.

Source: Utusan.com.my

Share this article

Back To Top