Did You Know?

DLM is an initiative undertaken by MCMC to promote and accelerate the development and adoption of applications and services.

The Internet of Things is a web in which gadgets, machines, products, devices & inanimate objects share information in new ways, in real time.

The focused ecosystems in this period are Connected Healthcare, Traceability for food and drug, People Friendly Commuting; and Home & Community Living.

Digital Lifestyle eco-system development is promoted based on a model of collaboration or partnership with the industry.

Event Calendar

  • DLM
  • Public Holidays

Ekspo Gaya Hidup Digital bakal lonjak literasi IT di Malaysia

DLE2013-TOH-642x360.jpg
Toh Swee Hoe

CYBERJAYA – Jumlah pengguna internet yang begitu ramai di negara ini membuktikan literasi masyarakat Malaysia dalam teknologi maklumat mampu mencapai sasaran dalam menuju negara maju pada tahun 2020.
 
Gerbang digital dalam penggunaan teknologi maklumat telah menjadi satu gaya hidup bukan sahaja di kalangan golongan muda malah merentasi seluruh lapisan masyarakat sama ada di bandar mahupun luar bandar.
 
Justeru, satu Ekspo Gaya Hidup Digital 2013 (Digital Lifestyle Expo 2013) bakal menjadi platform terbaik bagi mengetahui keupayaan perkhidmatan jalur lebar internet.
 
Bukan sahaja untuk menjalankan tugas dan bersosial, tetapi juga memudahkan kehidupan harian, termasuk berkaitan kesihatan dan perubatan.
 
Menurut Ketua Pegawai Kawal Selia Industri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Toh Swee Hoe, 17 juta daripada 28 juta penduduk malaysia adalah rakyat Malaysia yang aktif meggunakan perkhidmatan internet.
 
“Pengguna internet pada hari ini lebih suka menggunakan telefon pintar dan peranti mudah alih dalam melayari internet dan urusan kehidupan seharian, oleh itu gaya hidup masyarakat telah berubah kepada gaya hidup digital.
 
“Amat penting, pengguna harus sedar mereka bukan sahaja dapat menggunakan perkhidmatan IT untuk berhubung tetapi sebenarnya banyak lagi yang mereka boleh lakukan dalam rutin harian,” katanya.
 
Jelas Toh, semua itu boleh disaksikan sendiri di ekspo yang berlangsung  pada 23 hingga 25 Ogos ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
 
Tambahnya, buat julung kalinya ia memperlihatkan kerjasama pintar di antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pikom dan Commtechasia dalam menjayakan acara untuk tahun ini.
 

DLE2013-642x360.jpg
Toh Swee Hoe sedang mendengar penjelasan dari Pengerusi Pikom, Woon Tai Hai (Kanan) dan Pengarah CommetechAsia, Kashminder Singh.
 
Buat julung kalinya juga, ekspo kali ini mengiktiraf pengguna internet yang berjaya mengaplikasikan perkhidmatan jalur lebar internet dalam meningkatkan taraf hidup mereka melalui Anugerah Broadband Empowered Entrepreneur (BEE).
 
“Kami harap bila mereka melihat lapan penerima anugerah itu nanti yang berjaya menaikkan taraf hidup dengan menggunakan perkhidmatan internet jalur lebar yang disediakan oleh kami,
 
“Lebih ramai akan mula berfikir bagaimana untuk menukar perniagaan sedia ada dengan cara melakukan sesuatu dengan menggunakan perkembangan teknologi maklumat,” katanya.
 
Pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang berlangsungnya ekspo berkenaan, antaranya, pameran lebih 30 aplikasi gaya hidup digital, seminar oleh pakar-pakar, dan peluang memenangi hadiah lumayan.
 
Dianggarkan seramai 130,000 hingga 150,000 pengunjung akan hadir ke ekspo itu.

Share this article

Back To Top