Did You Know?

DLM is an initiative undertaken by MCMC to promote and accelerate the development and adoption of applications and services.

The Internet of Things is a web in which gadgets, machines, products, devices & inanimate objects share information in new ways, in real time.

The focused ecosystems in this period are Connected Healthcare, Traceability for food and drug, People Friendly Commuting; and Home & Community Living.

Digital Lifestyle eco-system development is promoted based on a model of collaboration or partnership with the industry.

Event Calendar

  • DLM
  • Public Holidays

Perbincangan Kerjasama Universiti-Industry diantara Fakulti Komputeran UTM, University of RWTH Aache


Pada 5 Mei 2016, satu delegasi dari Fakulti Komputeran (FC), UTM telah berada di Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membincangkan kerjasama Universiti-Industri diantara Fakulti Komputeran, (UTM), University of RWTH Aachen dan MCMC.

Dalam perbincangan yang telah berlangsung, MCMC sebagai salah satu rakan kerjasama industri, telah diketuai oleh En. John Tay, selaku Pengarah Inisiatif Gaya Hidup Digital Malaysia (Malaysia Digital Lifestyle).

Delegasi dari UTM diketuai oleh Prof. Madya Dr. Toni Anwar, turut disertai oleh Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi FC, Prof. Dr. Kamalrulnizam bin Abu Bakar, Professor Pelawat FC dari University of RWTH Aachen, Prof. Dr. Horst Litchter dan pembantu penyelidik, Andreas Steffens serta beberapa ahli kumpulan projek iaitu Prof. Madya Dr. Wan Mohd. Nasir bin Wan Kadir, Dr. Sarina binti Sulaiman dan Dr Ismail Fauzi bin Isnin.

Perbincangan selama lebih kurang 2 jam telah dimulakan dengan taklimat hala tuju Gaya Hidup Digital Malaysia oleh MCMC, kemudian diikuti oleh penerangan projek kerjasama yang bertajuk Digital Lifestyle – Praxispartnership between Academic & Industry in Malaysia & Germany, oleh PM Dr. Toni Anwar selaku ketua projek. Lanjutan itu, Prof. Dr. Horst Litchter dan Dr. Sarina masing-masing memberikan penerangan berkenaan University RWTH Aachen dan Pusat Kecemerlangan UTM-Big Data Centre (UTM-BDC).

P1020587

Pada 6 Mei 2016 pula, perbincangan dibawah projek kerjasama yang sama telah diadakan bersama Prasarana Integrated Management & Engineering Services Sdn Bhd (PRIME) iaitu salah satu anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad. Wakil PRIME terdiri daripada En. Suliman Ahmad Sahal, Ketua Pegawai Operasi, En. Ir. Sufian Husin, Timbalan Presiden Kanan, En. Mahathir Abdul Rahman, Pembantu Timbalan Presiden, En. Zaki Mohamad, Ketua Akademi Rail, rapidKL, En. Hazrul Nizam Sidek, Pembantu Timbalan Presiden, Prasarana dan beberapa staf yang lain juga turut hadir.

Penerangan projek oleh ketua delegasi, PM Dr. Toni Anwar telah dituruti dengan perbincangan hala tuju kerjasama antara kedua-dua pihak. Hasil perbincangan yang positif di mana kedua-dua pihak telah bersetuju dengan beberapa aktiviti yangakan dirancang seperti MoU dan bengkel bersama bagi memperkukuhkan kerjasama di antara kedua-dua pihak.

Hasil lawatan dua hari ke MCMC dan Prasarana Malaysia Berhad, masing-masing di Cyberjaya dan Kuala Lumpur, oleh pihak Fakulti Komputeran bersama rakan kerjasama universiti antarabangsa dari University of RWTH Aachen disifatkan sebagai salah satu usaha yang baik dan positif bagi memperkasakan penyelidikan dan kerjasama industri bersama UTM.

P1020648

Share this article

Back To Top