Did You Know?

DLM is an initiative undertaken by MCMC to promote and accelerate the development and adoption of applications and services.

The Internet of Things is a web in which gadgets, machines, products, devices & inanimate objects share information in new ways, in real time.

The focused ecosystems in this period are Connected Healthcare, Traceability for food and drug, People Friendly Commuting; and Home & Community Living.

Digital Lifestyle eco-system development is promoted based on a model of collaboration or partnership with the industry.

Event Calendar

  • DLM
  • Public Holidays

Bina Aplikasi IoT Dalam 24 Jam Dan Raih Tunai US$15,000

CYBERJAYA, 3 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan AT&T menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$15,000 bagi pembina aplikasi inovatif 'Internet of Things' (IoT) dalam tempoh 24 jam.
 
Bersempena Hari Pembangun Malaysia pada tahun ini, SKMM dan syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat itu akan menjadi hos kepada acara hackathon yang popular bagi menggalakkan inovator atau mereka yang memperkenal idea atau produk baharu, memanfaatkan kreativiti mereka, mempelajari kemahiran baru dan membina aplikasi IoT yang inovatif.
 
Usahawan dan pemaju Asia akan berkumpul untuk mengasah kreativiti, meneroka kemahiran terkini dan membina aplikasi IoT di ibu pejabat SKMM di sini mulai pukul 2 petang 11 Ogos hingga 6 petang 12 Ogos ini.
 
Dalam satu kenyataan, SKMM berkata tahun ini tumpuan ialah untuk mewujudkan aplikasi yang menggunakan analisis data untuk ditambah pada usaha mmbangunkan bandar pintar atau menambah baik penjagaan kesihatan, kemampanan atau kehidupan di rumah.
 
"Pemenang akan memperoleh hadiah wang tunai dan biasiswa Nanodegree. Pemenang hadiah utama akan membawa pulang US$10,000, manakala tempat kedua dan ketiga, masing-masing membawa pulang US$3,000 dan US$2,000," katanya.
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Komunikasi dan Ekosistem Digital SKMM Datuk Mohd Ali Hanafiah berkata sejak empat tahun lepas, acara tersebut telah mempamerkan bakat yang hebat di Asia.
 
Beliau berkata tumpuan perlu diberikan kepada bagaimana sektor IT memacu rantau ini ke hadapan dan ia penting untuk terus menggalakkan pemaju kreatif dan usahawan digital.
 
Sementara itu, Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Luar Antarabangsa AT&T Jake Jennings berkata Hari Pembangun adalah peluang bagi pemaju dan usahawan Asia mengasah kemahiran dan bertemu dengan orang baru di samping menguasai analisis data.
 
"Kami membawa acara yang bermakna ini ke Malaysia untuk tahun kelima dan teruja untuk melihat apa yang berlaku," katanya.
 
Pasukan akan mendapat akses kepada perkakasan dan sumber yang perlu untuk membina aplikasi kreatif dengan segera. Perkakasan berkenaan termasuk platform pembangunan AT&T M2X IoT dan perpustakaan imej Inmagine Group.
 
MCMC berkata bengkel coding dijadual pada 10 Ogos untuk pelajar sekolah terpilih. Pasukan akan mendapat sokongan pada Hari Pembangun oleh pakar teknologi dan mentors dari AT&T serta SKMM.
 
Pendaftaran boleh dibuat di SINI

Share this article

Back To Top