Did You Know?

DLM is an initiative undertaken by MCMC to promote and accelerate the development and adoption of applications and services.

The Internet of Things is a web in which gadgets, machines, products, devices & inanimate objects share information in new ways, in real time.

The focused ecosystems in this period are Connected Healthcare, Traceability for food and drug, People Friendly Commuting; and Home & Community Living.

Digital Lifestyle eco-system development is promoted based on a model of collaboration or partnership with the industry.

Event Calendar

  • DLM
  • Public Holidays

Robot terkuat dinobat sebagai juara








 







SORAKAN peserta dan penonton Cabaran Robotik myMaker 2016 (MRC) kedengaran saling bertingkah mewujudkan suasana seakan-akan pesta di ruang legar ibu pejabat lama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Cyberjaya petang itu.

Di tengah gelanggang, Alpha 1s yang sebelum ini berjaya menewas

kan lima robot lain bagi kategori Humanoid sedang berdepan pesaing terakhirnya dalam pertembungan satu lawan satu.

Pengendalinya daripada pasukan Slash Robotic Club (Slash), berdiri di satu sudut tampak fokus mengawal robot berwarna putih itu menggunakan sambungan Bluetooth di telefon pintar.

Lagak gaya Alpha 1s yang agak lincah sambil sesekali matanya mengeluarkan cahaya berwarna merah sedikit sebanyak menepati gambaran karakter robot yang sering dipaparkan dalam kisah fiksyen sains.

Setelah berhempas-pulas selama tiga minit, kejayaan berpihak kepada Slash, manakala pasukan Kolej SEGi Pulau Pinang hanya berpuas hati menduduki tempat kedua.

Pemenang ditentukan berdasarkan kejayaan menjatuhkan atau mengeluarkan lawan dari gelanggang menggunakan teknik mempertahankan diri asas seperti menumbuk, menendang dan menangkis.

“Alpha 1s yang berketinggian 15 sentimeter (sm) dengan berat dua kilogram (kg) diperbuat daripada keluli tahan karat menggunakan teknik cetakan tiga dimensi.

“Ia mengambil masa sebulan untuk disiapkan. Pada pertandingan itu, ia hanya kalah sekali pada sebuah robot humanoid bernama Infinity.

“Lebih membanggakan, ia turut merangkul Best Design Award,” ujar Ketua Pasukan Slash, Lim See Chong, 19, kepada Kosmo! ketika ditemui selepas pertandingan itu.

Kemenangan itu mengesahkan kedudukan Slash selaku juara keseluruhan MRC selepas turut mengungguli kategori Combat Robot selain naib juara kategori Tower Conquer, IOT Robotics (ketiga) dan Self-Balancing Robot (tempat kedua).

Menurutnya, dalam Combat Robot, Slash menghadapi tentangan sengit memandangkan terdapat 40 kumpulan berentap untuk kategori itu.

Selain See Chong, Slash dianggotai tujuh lagi rakannya iaitu Lim Jun How, 15, Wong Xing Yik, 18, Wong Xing Yoong, 20, Kevin Wong Sen Chun, 20, Lim See Chong, 19, Siew Jia Wei, 17, dan Choon Joe Jen, 16.

Tambahnya, sebanyak 15 robot disediakan khusus untuk pertandingan itu dengan anggaran perbelanjaan mencecah RM15,000.

“Kosnya agak mahal, tetapi beban tidak begitu terasa kerana kami berkongsi wang simpanan hasil kemenangan dalam pertandingan seumpama ini yang disertai sejak dua tahun lalu,” jelasnya.

Pengalaman

Begitupun, dia berpendapat, kalah atau menang bukan soal utama kerana pengalaman yang dikutip lebih bermakna buat diri dan pasukannya.

“Sasaran kami adalah untuk menyertai Kejohanan Robotik Singapura tahun depan. Kami melihat MRC sebagai medan menguji kekuatan dan kelemahan kami,” katanya.

Dia berkata, bukan mudah mendapatkan idea mencipta kesemua robot berkenaan kerana banyak aspek yang perlu dititikberatkan bagi membolehkan ia berfungsi seperti yang diharapkan.

“Kami datang daripada latar belakang yang berbeza, malah saya sendiri tiada asas dalam bidang robotik mahupun multimedia,” katanya.

See Chong juga merupakan pencipta robot sepenuh masa bekerja di My Robot Education Sdn. Bhd. yang baru ditubuhkan tahun lalu.

Pusat tersebut merupakan institusi pendidikan robotik yang aktif menghasilkan robot untuk tujuan pendidikan dan berperanan sebagai alat bantu mengajar.

Dalam pada itu, pasukan penuntut Mara Japan Industrial Institute (MJII), Selangor yang dianggotai Muhamad Afiq Alias, 23, Faiz Ghani, 22, dan Farid Abu Bakar, 22, mengungguli kategori Tower Conquer Robot menerusi MJII Rider.

Institut tersebut turut menghantar beberapa kumpulan lain dalam kategori sama antaranya MJII Attacker yang menggondol Best Design Award dan MJII Mista yang merangkul tempat ketiga.

Ketua Pasukan MJII Rider, Muhamad Afiq berkata, ini bukan kali pertama MJII Rider beraksi dan proses modifikasi robot itu mengambil masa dua bulan untuk meningkatkan keupayaannya.

Enjin

“Kami memasang empat biji enjin motor arus terus (DC) pada MJII Rider dengan kelajuan maksimum 240 putaran per minit (rpm).

“Biasanya, model robot sebegini hanya memerlukan dua enjin DC dan modifikasi tambahan tersebut membuatkan ia dapat bergerak lebih laju,” katanya.

Katanya, robot seberat 4.5kg dengan panjang 25sm itu diilhamkan daripada bentuk kereta kebal dan jentolak.

“Bagi memastikan ia kukuh dan stabil, kerangkanya dibina daripada plat besi manakala komponen lain seperti smart drive, motor, alat kawalan jauh dan alat penerima pula dibeli di kedai elektronik.

“Badan robot pula direka agar ia dapat bergerak biarpun dalam posisi terbalik sekali gus dapat menawan menara berkecondongan 45 darjah tanpa masalah,” tambahnya.

Pertandingan anjuran SKMM itu disokong myMaker, Persatuan Kejuruteraan Robotik Malaysia (MREA), Kementerian Pendidikan dan Persatuan Robotik dan Automasi Malaysia (MyRas).

Sebanyak 216 pasukan dengan 860 peserta daripada 60 sekolah dan universiti di seluruh negara menyertai cabaran yang diadakan selama tiga hari dari 11 hingga 13 November lalu.

Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan antaranya, Tower Defence Robot (Terbuka), Autonomous Robot, Sumo Robot (Terbuka), RC Sumo Robot (Kategori Senior) dan RC Sumo Robot (Kategori Junior).

Secara keseluruhan, MRC menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM21,000 selain trofi dan sijil penyertaan.

Platform

Sementara itu, Pengarah Gaya Hidup Digital dan Kemasyarakatan SKMM, John Tay Jin Kiong berkata, penganjuran MRC bertujuan mempromosikan budaya inovasi dan kreativiti dalam penciptaan robotik.

“Acara ini menawarkan platform kepada peminat robotik untuk menguji kemampuan mereka melalui pertandingan. Hanya yang kuat dan dapat bertahan boleh ke peringkat seterusnya.

“Di sini mereka bertanggungjawab sepenuhnya meliputi reka cipta, pemasangan dan prestasi robot pertempuran yang akan bersaing dalam siri permainan yang direka khas,” tuturnya.

Beliau berkata, MRC buat julung-julung kali memperkenalkan pertandingan robot berasas Internet Of Thing sekali gus melonjak potensi bidang robotik tempatan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm#ixzz4TGltfATG 
Hakcipta terpelihara 

Share this article

Back To Top