Did You Know?

DLM is an initiative undertaken by MCMC to promote and accelerate the development and adoption of applications and services.

The Internet of Things is a web in which gadgets, machines, products, devices & inanimate objects share information in new ways, in real time.

The focused ecosystems in this period are Connected Healthcare, Traceability for food and drug, People Friendly Commuting; and Home & Community Living.

Digital Lifestyle eco-system development is promoted based on a model of collaboration or partnership with the industry.

Event Calendar

  • DLM
  • Public Holidays

Inisiatif Digital Langkawi Pacu Pertumbuhan Ekonomi Digital Negeri - Exco

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Inisiatif Digital Langkawi yang akan diadakan buat julung kalinya pada 19 dan 20 Ogos ini, bakal meneraju pembangunan ekonomi digital di pulau legenda itu, yang terkenal sebagai destinasi pelancongan terkemuka negara.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi, dan Sumber Tenaga Manusia Negeri Kedah, Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata pelbagai program telah diatur bagi membolehkan masyarakat pulau itu membentuk dan memperluaskan perniagaan, seterusnya meningkatkan pendapatan secara digital.

"Bertemakan 'Smart Community & Safe Island', objektif Inisiatif Digital Langkawi ialah memberi kesedaran kepada masyarakat pulau ini supaya lebih pintar menggunakan 'Internet of Things' dan pelbagai aplikasi yang memberi kemudahan kepada mereka untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup masing-masing,"katanya pada sidang media mengenai pengumuman Inisiatif Digital Langkawi di sini, hari ini.

Inisiatif Digital Langkawi yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi dan bakal dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Norsabrina berkata antara pengisian program dua hari itu ialah pameran oleh lebih 50 pempamer seperti syarikat telekomunikasi serta institusi pengajian tinggi yang membawa produk-produk inovasi terkini; slot e-rezeki dan e-usahawan bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan pelbagai lagi

Share this article

Back To Top