Did You Know?

DLM is an initiative undertaken by MCMC to promote and accelerate the development and adoption of applications and services.

The Internet of Things is a web in which gadgets, machines, products, devices & inanimate objects share information in new ways, in real time.

The focused ecosystems in this period are Connected Healthcare, Traceability for food and drug, People Friendly Commuting; and Home & Community Living.

Digital Lifestyle eco-system development is promoted based on a model of collaboration or partnership with the industry.

Event Calendar

  • DLM
  • Public Holidays

Pengaturcara cilik curi tumpuan penganjur dan peserta MyDD 2017

Cyberjaya 12 Ogos - Walaupun baru berusia 12 tahun, kecekapan dan kemahiran Daniel Faizul melakukan kerja-kerja pengaturcaraan telah berjaya memukau dan mencuri perhatian penganjur dan para peserta Malaysian Developers Day (MyDD) 2017.

Menurut pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Cyberjaya itu, dia mula berjinak dengan pengaturcaraan sejak umur 8 tahun dengan tunjuk ajar dan bimbingan bapanya, Faizul Hidayat.

Katanya kepada Utusan Online, dia mula mempelajari bahasa pengaturcaraan Java dan sejak itu mula membangunkan beberapa perisian.

"Pengaturcaraan bukanlah satu perkara yang sukar jika kita memberikan tumpuan semasa mempelajarinya dan mengaplikasikannya.

"Aplikasi pertama yang saya bina ialah sebuah perisian yang membolehkan pengguna melukis dan mengongsikannya ke laman-laman web," ujar anak pertama dari dua beradik berkenaan.

Pada pertandingan MyDD 2017 yang berlangsung dari 11  hingga 12 Ogos berkenaan, Daniel telah membantu pasukan bapanya untuk membangunkan sebuah aplikasi untuk dijadikan penyertaan dalam pertandingan berkenaan.

Menurut Daniel, cita-citanya ialah untuk menjadi seorang pengaturcara dan penyertaannya ke dalam MyDD 2017 adalah untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/inovasi/pengaturcara-cilik-curi-tumpuan-penganjur-dan-peserta-mydd-2017-1.514342#ixzz4phHeVLuv 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Share this article

Back To Top