Did You Know?

DLM is an initiative undertaken by MCMC to promote and accelerate the development and adoption of applications and services.

The Internet of Things is a web in which gadgets, machines, products, devices & inanimate objects share information in new ways, in real time.

The focused ecosystems in this period are Connected Healthcare, Traceability for food and drug, People Friendly Commuting; and Home & Community Living.

Digital Lifestyle eco-system development is promoted based on a model of collaboration or partnership with the industry.

Event Calendar

  • DLM
  • Public Holidays

Idea kreatif peserta Asean Makerthon 2017 boleh dikomersialkan

bt_16-1.jpg

CYBERJAYA - Rata-rata hasil ciptaan prototaip peserta Asean Makerthon 2017 dihasilkan dengan inovasi kreatif dan boleh dikomersialkan.

Pengarah Jabatan Gaya Hidup Digital dan Masyarakat Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), John Tay yang juga Wakil Jawatankuasa Asean Makerthon 2017 berkata, walaupun pertama kali dianjurkan namun para peserta memberikan idea dan komitmen dalam menghasilkan prototaip terbaik.

"Sebagai salah seorang juri, saya melihat banyak potensi dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelajar universiti dari 12 negara termasuk 10 negara Asean serta dari China dan Korea Selatan yang menyertai pertandingan kali ini.

"Prototaip yang dihasilkan amat berkualiti dan saya tidak sangka mereka ini yang masih belajar mempunyai idea kreatif dan dapat merepresentasikannya dalam bentuk prototaip bertemakan Internet of Things(IoT)," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang Asean Makerthon 2017 di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, kumpulan Hi Team dari China yang mencipta protaip yang dikenali sebagai Goot Box telah dinobatkan sebagai juara Asean Makerthon 2017 sekali gus membawa pulang wang tunai USD 1,000 (RM4,196.65) dan sijil penyertaan.

Sementara itu, kumpulan UIT-ES dari Myanmmar diumumkan sebagai naib juara dan membawa pulang wang tunai USD800.00 (RM3,357.52) manakala tempat ketiga dimenangi kumpulan AgentC dari Malaysia yang membawa pulang USD500.00 (RM2,098.32) beserta  sijil penyertaan.

Wakil kumpulan China, Yuhong Chen, 22, dari Institut Teknologi Harbin di Wilayah Hei Long Jiang, Utara China berkata, mereka menghasilkan protaip 'Goot Box' dilengkapi alat pengesan yang boleh mengetahui suhu dalam kotak yang mengandungi sayur atau buah-buahan bagi memastikan baranan segar dihantar kepada pelanggan.

"Sekiranya suhu kurang, kita boleh menambah ais atau lain-lain bagi memastikan apa jua barangan  atau produk makanan samapai dalam keadaan segar kepada pelanggan," katanya yang tidak menjangkakan kemenangan tersebut dan menyertai pertandingan ini bagi berkongai idea dan budaya masyarakat mereka.

Program anjuran SKMM itu berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu berjaya mengumpulkan 70 peaerta dari 12 negara Asean termasuk China dan Korea Selatan. - K! ONLINE

Share this article

Back To Top