Did You Know?

DLM is an initiative undertaken by MCMC to promote and accelerate the development and adoption of applications and services.

The Internet of Things is a web in which gadgets, machines, products, devices & inanimate objects share information in new ways, in real time.

The focused ecosystems in this period are Connected Healthcare, Traceability for food and drug, People Friendly Commuting; and Home & Community Living.

Digital Lifestyle eco-system development is promoted based on a model of collaboration or partnership with the industry.

Event Calendar

  • DLM
  • Public Holidays

70 pencipta tamatkan persaingan Makerthon ASEAN 2017 hari ini



CYBERJAYA 10 Sept. - Selepas bersengkang mata selama lebih 48 jam, 70 peserta dari negara 10 negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) termasuk dua negara rakan kongsi Pegawai Kanan Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN (TELSOM) iaitu China dan Korea hari ini melengkapkan persaiangan Makerthon ASEAN 2017.

Menurut penyelia pertandingan, John Tay, pertandingan edisi pertama peringkat ASEAN anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini diadakan bagi membina satu jaringan kukuh pencipta yang menerapkan pengaplikasian Internet of Things (IoT) di peringkat serantau.

Jelas beliau, bagi mencapai tujuan tersebut, para peserta pertandingan disyaratkan untuk membina perkakasan dan perisian yang dapat memperbaiki kualiti hidup dalam kategori bandar pintar; kesihatan dan pertanian.

"Bagi edisi pertama ini, dapat dilihat kematangan idea-idea yang dibawakan yang mana setiap daripadanya menyentuh perkara-perkara yang mempunyai potensi besar memperbaiki kualiti kehidupan masyarakat.

"Para peserta pertandingan juga dilihat mempunyai kefahaman IoT yang mendalam dan mampu menerapkannya dalam ciptaan masing-masing," jelas beliau.

ASEAN Makerthon 2017 berjaya cungkil bakat baharu

Dalam pertandingan itu, pasukan dari China yang terdiri daripada tiga pelajar Institut Teknologi Harbin, Yuhong Chen, 22; Zhao Chen, 22 dan Xing Rui, 21, muncul juara sekali gus membawa pulang hadiah AS$1,000 (RM4,197).

Pasukan dari Myanmar yang dianggotai oleh Pyar Phyo Paing, 21, dan Min Khant Lin, 21, dari Universiti Teknologi Vietnam meraih naib johan manakala pasukan Malaysia yang dianggotai Kayson Choo, 20, dan Vilson Chew, 20, berada di kedudukan ketiga dan masing-masing membawa pulang wang tunai AS$800 (RM3,357) dan AS$500 (RM2,098). - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-70-pencipta-tamatkan-persaingan-makerthon-asean-2017-hari-ini-1.524836#ixzz4sKeuSUgw 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Share this article

Back To Top